Monday 16 May 2011

PERKONGSIAN: Keluarga Tersayang

PERKONGSIAN: Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

YA ALLAH BERIKANLAH TAUFIK DAN HIDAYAH KEPADA KEDUA ORANGTUAKU DAN AHLI KELUARGAKU,DAN AMPUNKANLAH DOSA MEREKA DAN KASIHILAH KEDUA ORANG TUAKU SEPERTIMANA MEREKA MENGASIHIKU SEJAK KECIL..AMIIN..

Saturday 7 May 2011

Ciri-Ciri Wanita Penghuni Syurga



Usahlah rendah diri jika tidak mempunyai wajah dan tubuh yang cantik, kerana setiap orang berpeluang mencantikkan iman, hati dan akhlak. Dari Atha bin Abi Rabah, ia berkata padaku, “Mahukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni syurga?” Aku menjawab, “ya”.
Dia berkata, “Wanita hitam itulah yang datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata, ‘Aku menderita penyakit epilepsi dan auratku tersingkap saat penyakitku mula menyerang. Doakanlah untukku agar Allah menyembuhkannya.”
Nabi s.a.w. berkata, ‘Jika engkau mahu, engkau bersabar dan bagimu syurga, dan jika engkau mahu, aku akan mendoakanmu agar Allah Menyembuhkanmu.’
Wanita itu menjawab, ‘Aku pilih bersabar.’ Lalu dia berkata lagi, ‘Tatkala penyakit ini menimpaku, auratku terbuka, doakanlah agar auratku tidak tersingkap.’ Maka Nabi pun mendoakannya.” (Riwayat Bukhari Muslim).
Betapa rindunnya hati ini kepada syurgaNya yang begitu indah. Yang luasnya lebih luas daripada langit dan bumi. Betapa besarnya harapan ini untuk menjadi salah seorang penghuni syurgaNya. Dan subhanallah! Ada seorang wanita yang berjaya meraih kedudukan mulia tersebut. Bahkan dia dipersaksikan sebagai salah seorang penghuni syurga di kala nafasnya masih boleh dihembuskan, jantungnya masih berdegup, dan kakinya masih menapak di permukaan bumi.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas kepada muridnya, Atha bin Abi Rabahm “Mahukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni syurga?” aku menjawab “Ya”.
Ibnu Abbas berkata, “Wanita hitam itulah…”
Wahai para Muslimah, tidakkah engkau berasa iri hati dengan kedudukan mulia yang diraih oleh wanita itu? Dan tidakkah engkau ingin tahu, apakah amal ibadahnya yang membantu dia menjadi seorang wanita penghuni syurga? Adakah kerana dia seorang wanita yang cantik jelita dan berupa paras elok? Atau dia seorang yang berkulit putih dan cerah berseri? Tidak. Bahkan Ibnu Abbas menyebutnya sebagai wanita yang berkulit hitam.
Mungkin sesetengah masyarakat menganggapnya seorang wanita biasa. Namun, hakikatnya dia merupakan seorang wanita yang memiliki kedudukan mulia menurut pandangan Allah dan Rasul-Nya. Inilah bukti bahawa kecantikan fizikal bukanlah ukuran kemuliaan fizikal itu diperlihatkan kepada suaminya dan orang-orang yang halal baginya.
Keindahan Iman
Kecantikan iman yang terpancar dari hati yang benar-benar ikhlas akan membantu seseorang wanita itu meraih kedudukan yang mulia. Dengan ketakwaan, keimanan, keindahan akhlaknya, dan amalan solehnya, seorang wanita yang buruk rupa di mata manusia akan tampak cantik bak bidadari di syurga.
Bagaimana pula dengan keadaan wanita zaman sekarang yang sibuk berhias diri tetapi enggan memutihkan hatinya? Mereka begitu khuatir jika wajahnya tidak secantik dulu, berbanding iman dan hatinya yang kini ternoda dengan noda-noda hitam kemaksiatan – semoga Allah memberi mereka petunjuk.
Kecantikan fizikal bukanlah segalanya. Kecantikan luaran ini hanya akan memerangkap pemiliknya pada kemaksiatan dan dosa. Maka, usahlah berasa rendah diri jika anda tidak mempunyai wajah dan tubuh yang cantik. Syukurilah sebagai nikmat Allah yang sangat berharga ini. Cantikkanlah iman, hati dan akhlakmu itu.
Berbalik kepada kisah wanita penghuni syurga itu, wanita berkulit hitam itu sebenarnya menderita penyakit epilepsy. dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta baginda berdoa kepada Allah agar menyembuhkan penyakitnya.
Seorang Muslim itu boleh berusaha untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi. Asalkan usahanya itu tidak melanggar syariat. Salah satu usaha yang boleh dilakukan adalah dengan berdoa. Sama ada berdoa sendiri ataupun meminta orang yang soleh mendoakannya.
Wanita itu berkata, “Aku menderita penyakit epilepsy dan auratku tersingkap saat penyakitku mula menyerang. Doakanlah untukku wahai Rasulullah agar Allah menyembuhkannya.”
Penyakit epilepsy bukanlah penyakit yang ringan. Lebih-lebih lagi jjika penyakit itu dideritai oleh seorang wanita. Betapa besar rasa malu yang terpaksa ditanggung oleh penderita. Bukan sahaja disisih oleh masyarakat bahkan ramai yang memandang jijik pada penyakit ini.
Namun, lihatlah perilaku wanita terpilih ini. Apakah dia berasa benci dengan takdir yang menimpanya? Apakah dia mengeluh dengan penderitaan yang dihidapinya? Tidak! sedikitpun dia tidak berasa menyesal sebaliknya berserah dan terus bersabar. Cuma apa yang diharapkan agar, auratnya tidak tersingkap saat penyakitnya mula menyerang.
Subhanallah. Dia adalah seorang wanita yang sangat khuatir jika auratnya tersingkap. Bahkan, wanita istimewa ini tahu kewajipan sebagai seorang wanita yang wajib menutup aurat, dan dia akan berusaha melaksanakannya meskipun dalam keadaan sakit. Inilah antara ciri-ciri wanita solehah, calon penghuni syurga. Iaitu mempunyai sifat malu dan sentiasa berusaha untuk menjaga kehormatannya dengan menutup aurat. Bagaimana pula dengan wanita zaman sekarang yang sewenang-wenangnya membuka dan menonjolkan aurat yang seharusnya ditutup?
Menerusi hadis di atas terdapat pula dalil atas keutamaan bersabar. Kesabaran merupakan salah satu faktor seseorang itu masuk ke dalam syurga.
Nabi s.a.w. berkata, “Jika engkau mahu, engkau bersabar dan bagimu syurga, dan jika engkau mahu, aku akan mendoakanmu agar Allah menyembuhkanmu.” dan wanita itu menjawab, “Aku pilih untuk bersabar.”
Wanita itu memilih untuk bersabar walaupun dirinya sedang menderita. Salah satu ciri wanita solehah yang ditonjolkan oleh wanita itu adalah bersabar menghadapi sebarang cubaan dan dugaan.
Sedarilah, kadang-kala hanya dengan amalan yang ada, seseorang hamba itu masih tidak mampu untuk mencapai kedudukan-kedudukan mulia di sisi Allah. Maka, allah SWT akan terus memberi cubaan dan dugaan kepada hambanya dengan suatu hal yang ditak disukainya. Kemudian Allah SWT memberi pula kesabaran kepadanya untuk menghadapi cubaan tersebut.
Semoga dengan kesabarannya itu, kita dapat mencapai kedudukan yang mulia di sisi-Nya.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, “Jika datang suatu kedudukan mulia dari Allah untuk seorang hamba yang mana dia belum mencapainya dengan amalanya, maka Allah akan memberinya musibah pada tubuhnya atau hartanya atau anaknya, lalu Allah akan menyabarknnya sehingga dia mencapai kedudukan mulia yang datang kepadanya.” (Riwayat Imam Ahmad. Dan Hadis ini terdapat dalam silsilah Al-Hadis Ash-shahihah 2599).
Maka, di saat dugaan menimpa, berusahalah untuk bersabar. Semoga, dengan kesabaran itu Allah SWT akan mengampuni dosa-dosa kita dan mengangkat kita ke kedudukan mulia di sisi-Nya

Sujud Cinta Seorang Hamba


Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha
Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu
Yang Maha Mengasihani

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari

Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu

AKU INGIN BERUBAH



YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU
NAMUN..
DENGANNYA JUGALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..

SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..

KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!
YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

Peliharalah Dirimu Wahai Wanita

     Satu ketika dahulu, sebelum datangnya Islam menyinari kehidupan manusia, pelbagai perilaku buruk telah di jadikan amalan. Daripada sekecil- kecil perkara sehinggalah kepada yang membawa kepada kerosakan dan mudharat yang teruk.           Manusia pada waktu itu tidak  mempunyai sesuatu yg       boleh di jadikan panduan untuk hidup mereka.  
    Oleh yang demikian, mereka menetapkan sesuatu keputusan dalam kehidupan seharian mereka secara menuruti hawa nafsu sepenuhnya  kaum lelaki. Kaum wanita juga dianggap sebagai barang perniagaan kerana    mereka dijadikan sebagai  alat tukaran untuk mendapatkan sesuatu barangan.
     Antara perkara buruk yang diamalkan oleh mereka pada waktu itu ialah eksploitasi terhadap wanita atau menyalah gunakan wanita.Zaman di mana dikatakan manusia tidak mempunyai panduan ini di gelar zaman The Dark Age atau lebih dikenali dengan zaman jahiliah.

     Wanita pada ketika itu tidak lebih daripada menjadi pemuas nafsu bagi lelaki. Zaman di mana dikatakan manusia tidak mempunyai panduan ini di gelar zaman The Dark Age atau lebih dikenali dengan zaman jahiliah.


     Pendek kata semuanya bertujuan untuk kepentingan pihak- pihak tertentu. Pada zaman tersebut penganiayaan yang dikenakan ke atas kaum wanita sangat dahsyat sehingga disebutkan bila mana sesebuah keluarga ingin mengahwinkan anak perempuan mereka maka mereka akan mengiklankan anak perempuan mereka pada khalayak umum terlebih dahulu. Kemudian di sarankan pada yang berminat agar berdaftar dengan pihak keluarga tersebut.Pendaftaran akan di tutup apabila di rasakan bilangan sudah mencukup. Selesai sudah proses tersebut maka dikehendaki pada semua yang berdaftar agar menyetubuhi anak perempuan keluarga tersebut.
      Apabila satu ketika nanti perempuan tersebut mengandung dan melahirkan anak maka akan di tilik wajah anak tersebut untuk memastikan wajah lelaki manakah yang paling seiras dengan anak tersebut dan dari situlah ditentukan lelaki mana yang paling layak untuk menjadi suaminya. 
     Alangkah jijik dan hinanya sistem perkahwinan yang digunakan pada zaman tersebut, wanita diperlakukan seakan- akan langsung tidak bermaruah kerana diperalatkan sesuka hati tanpa memikirkan perasaan, kesucian wanita tersebut dan sebagainya. 
     Walaupun begitu keturunan junjugan besar kita Nabi Muhammad SAW bebas daripada kejelekan sistem tersebut kerana tidak dikahwinkan mengikut sistem jahiliah dan begitu jugalah sistem yg diamalkan turun temurun sehinggalah zaman kita kini. 
     Sama- samalah kita bersyukur kerana dengan datangnya Islamlah keturunan kita bersih daripada anasir- anasir buruk tersebut seterusnya lahirlah kita semua melalui hubungan perkahwinan yang sah.   
     Apabila terbit sahaja fajar Islam maka semuanya berubah. Segala keburukan serta kerosakan yang dilakukan oleh umat manusia ketika zaman jahiliah telah ditinggalkan.Yang diamalkan ialah syariat- syariat Islam yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan daripada Allah SWT. Maruah serta kehormatan wanita diangkat dan dipelihara sebaik- baiknya  
     Perkara yang paling dibanggakan ialah syurga yang dikatakan terletak di bawah kaki seorang ibu yang mana juga seorang wanita. Tidak wujud lagi wanita yang dijadikan sebagai alat perniagaan.
     Wanita sudah tidak digunakan dan dianiaya sesuka hati malah mereka yang di didapati mengganggu keamanan seseorang wanita akan ditangkap serta dibicarakan. Zaman inilah yang dikatakan zaman kegemilangan Islam atau dengan nama lain zaman Enlightment Age. Wanita tidak lagi dapat di sentuh sesuka hati.Pemakaian wanita juga di tetapkan tatasusilanya agar tidak membangkitkan nafsu lelaki. Pergaulan antara lelaki dan wanita di tetapkan hadnya agar tidak terjadinya perkara- perkara yang tidak diingini.  
     Tetapi alangkah sayangnya, menjelang akhir zaman wanita seakan- akan hendak dikembalikan pada zaman jahiliah semula. Zaman yang boleh dikatakan zaman gelap bagi kaum wanita kerana dipergunakan sesuka hati.  Sebagai bukti, lihat sahaja iklan- iklan yang dipaparkan di televisyen. Kebanyakannya menggunakan kaum wanita sebagai alat penarik dengan menampilkan diri dalam keadaan memakai pakaian yang mendedahkan aurat.Jika dilakukan pengiraan secara teliti memang jelaslah jauhnya nisbah penggunaan wanita sebagai pelakon sesuatu iklan berbanding lelaki.
     Pemakaian secara mendedah aurat pula telah dianggap 'up to date' oleh sesetengah pihak dan diamalkan oleh muda- mudi. Mereka mengganggap pemakaian tersebut sebagai sesuatu yang mengikut 'trend' semasa sedangkan kefahaman tersebutlah yang merosakkan mereka seterusnya membawa mereka jauh daripada memperagakan busana muslimah sejati dalam kehidupan seharian mereka.Dalam masa yang sama kita tidak menafikan semua itu adalah perancangan barat dalam merosakkan muda- mudi Islam. Dalam masa yang sama kita tidak menafikan semua itu adalah perancangan barat dalam merosakkan muda- mudi Islam.
      Oeh itu, ayuh kita sama- sama sedarkan mereka yang masih tidur.Wanita akan kembali pada zaman gelapnya jika perubahan tidak dilakukan. Serlahkan harga dirimu wahai wanita, buktikan pada dunia bahawa kamu semua adalah kaum yang bermaruah.
     Jangan sampai sejarah silam berulang kembali.

Wanita

Saudariku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik
Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah
Lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga
Harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu

Namun.....
Tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang
Lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar
Dari kejauhan sudah tercium akan keharumannya
Serta kilauan warnanya yang memancar indah
Mengundang kekaguman terhadap sang kumbang
Tapi awas duri yang melingkari
Bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya

Saudariku.....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar
Yang tercermin pada setiap diri mujahidah
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu
Yang bertiangkan rasa keimanan
Dan keindahan taqwa kepada Allah
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhu
Ingatlah bahwa ciri-ciri seorang wanita solehah
Ialah ia tidak melihat kepada lelaki
Dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga
Jika dibandingkan dengan sesuatu yang tampak

Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu tempat yang tertutup
Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terlihat.
Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
Adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......

Namun ...........
Ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi
Karena ianya bercangkang nafsu
Serakah materi yang bersarang dalam dirinya
Lebih-lebih lagi atribut gadis modern yang ianya miliki
Sudah pastinya darah mudanya memudarkan rasa keimanan yang ada
Maka berhati-hatilah saudariku

Namun ingatlah saudariku....
Sesiapa yang inginkan kebaikan
Maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu
Yang Penting saudariku engkau mesti punyai azam, usaha dan keistiqomahan

Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu
Menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki
Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu...
Sesungguhnya nabi mengatakan tentang bahaya dirimu

"Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yang bersumber daripada wanita"

Oleh itu saudariku
Setiap langkah dan tindakanmu
Hendaklah bermanhajkan kepada Al Quran dan As Sunnah
Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu
Sesungguhnya Allah telah mengangkat
martabatmu sebaris dengan kaum Adam
Kau harapan ummah dalam melahirkan
Para mujahid dan mujahidah
Yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu..

Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada Penciptamu............

diharapkan para wanita, muslimah, siswi, perempuan, gadis yang beragama Islam khususnya, ubahlah personaliti kearahNya..dan sama-sama kita tingkatkan prestasi kita sebagai khalifah Allah..^_^


aurat wanita..bantahan kaum sesetengah kaum hawa:

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"